fb fb fb fb fb

Banjir di Kemaman: Agensi kerajaan lebih proaktif

(Foto fail)

KEMAMAN, 22 Disember- Beberapa lokasi di daerah Kemaman, Terengganu yang berisiko banjir susulan amaran air pasang besar semalam, selamat dan tidak terjejas.

Antara kawasan terlibat ialah Pengkalan Pandan, Bukit Mentok/ Tanjung, Bandar Baru Bukit Mentok, Rumah Mampu Milik Telok Kalong dan kawasan sekitar.

Seramai 98 anggota pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam dikerahkan ke 4 zon berisiko.

Operasi di sekitar Pengkalan Pandan mendapati paras air yang meningkat setinggi 3.2 meter telah mulai surut.

Penduduk yang ditemui menyambut baik langkah proaktif yang diambil pihak berkuasa.

"Kalau ikutkan baguslah, dia boleh bersedia awal lagi sebab kawasan-kawasan yang dalam tu biasa ada yang terkandas. Sini bantuan macam bot lepas tu macam trak-trak dia orang, dia orang akan masuk takut ada orang yang terkandas lagi biasanya begitu," kata penduduk Pengkalan Pandan, Mohd Firdaus Nordin.

"Sebab macam banjir sebelum ni air besar dah baru orang kerajaan datang, kali ni awal air tak naik lagi dia orang pun ada dah bersedia dahlah, bagus," luah seorang lagi penduduk, Mohd Syafik Razali.

(Beberapa lokasi di daerah Kemaman, Terengganu yang berisiko banjir susulan amaran air
pasang besar semalam, selamat dan tidak terjejas/ Foto fail)

Media Baharu