SEREMBAN, 29 Oktober- Kesalahan membabitkan tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) serta tidak memilki insurans merekodkan jumlah saman paling tinggi sehingga September tahun ini.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata ia membabitkan 7,186 saman CDL, 6,563 saman LKM dan 4,256 saman berkaitan tidak memilki insurans.
Majoriti kesalahan tersebut dilakukan kerana sengaja melewatkan pembaharuan lesen CDL, LKM dan insurans.
"Antaranya mereka cuai dan tidak sedar insuran dan cukai jalan dah tamat tempoh. Ada juga yg melewatkan, contoh malam ini kita ada menyita dua buah kenderaan cukai jalan mati daripada tahun 2015 dan salah satu daripadanya adalah yang bawa e-hailing," kata Hanif Yusabra pada Op Pengarah 2022 di Senawang di sini.
Menerusi operasi yang dijalankan, sejumlah 243 notis saman dikeluarkan juga membabitkan 47 kesalahan tiada CDL, 37 kesalahan tiada LKM dan 34 kesalahan tidak memilki insurans.
(Op Pengarah di Senawang)