fb fb fb fb fb

Program MPS, bantu pelajar waktu terputus bekalan makanan

IPOH, 29 Oktober- Program Mahasiswa Perak Sejahtera (MPS) akan memfokuskan kepada bantuan untuk pelajar mendapatkan akses kepada keperluan asas utama bermula dengan makanan berkhasiat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, melalui MPS, pelajar dan mahasiswa dalam kalangan B40 akan diberikan bantuan bernilai RM150.00 menerusi aplikasi digital, e-Wallet.


(Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad)

Beliau berkata, MPS mensasarkan 45,000 pelajar dari empat institusi, iaitu Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP)

"Cumanya yang menariknya ia bukan saja bagi makan begitu saja, ia mempunyai juga skim membangunkan usahawan sebab kita akan menyediakan program usahawan supaya pembekal-pembekal makanan ini akan terdiri daripada bekas mahasiswa yang boleh menjadi usahawan", katanya.

Beliau terdahulu menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Mahasiswa Perak Sejahtera 2030 di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar.

USAS menjadi universiti awam pertama melaksanakan program itu.

Media Baharu