(Foto hiasan)
SHAH ALAM, 29 Oktober- Seramai 221 usahawan berjaya meningkatkan hasil jualan sehingga RM3.1 juta melalui tiga program bimbingan Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN).
Sebanyak 54 peratus peserta berjaya mencapai Prestasi Petunjuk Utama (KPI) program iaitu peningkatan hasil jualan minimum 20 peratus melalui program anjuran agensi di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
(Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),
Datuk Suriani Ahmad)
Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Suriani Ahmad berkata tiga program bimbingan komprehensif tersebut ialah INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC), Program Bimbingan Pembangunan Produk dan Porgram Bimbingan Keuntungan Menu.
"18 usahawan berjaya mengubah status perniagaan daripada mikro kepada kecil selepas menyertai program bimbingan INSKEN.
"Semua ini jelas membuktikan bahawa program-program memberikan kesan yang sangat positif, impak yang sangat kuat buat anda semua," kata Suriani pada Majlis Graduasi dan Anugerah Usahawan Program Bimbingan INSKEN 2022.