fb fb fb fb fb

Misi tamatkan AIDS menjelang 2030 mampu menjadi kenyataan

BANDAR SUNWAY, 29 Oktober- Misi menamatkan epidemik AIDS menjelang 2030 mampu menjadi kenyataan, seperti digariskan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman menegaskan selain aspek sains, usaha itu menuntut kerjasama semua pihak.

Politik juga menurutnya memainkan peranan penting dalam menentukan dasar, selain pelaburan dalam tindak balas kesihatan awam.


(Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman  berucap pada Malam Gala Riben Merah MAF)

"Negara lain, yang lebih mundur dan teruk dilanda HIV juga semakin pulih, Bostwana, Rwanda dan Cambodia. Bagaimana ia mampu dilakukan? Dengan iltizam dan kerjasama seluruh sektor termasuk kesihatan dan saintifik serta komuniti. Juga pelaburan kewangan," kata Dr Adeeba ketika berucap pada Malam Gala Riben Merah MAF berlangsung di sini.

Turut berangkat hadir, Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Majlis dihadiri lebih 400 orang tetamu, dengan sejumlah RM2.55 juta berjaya dikumpul yang bakal digunakan bagi program kelolaan MAF.

Media Baharu