fb fb fb fb fb

Kesalahan tiada lesen memandu catat rekod tertinggi- JPJ Pulau Pinang

SEBERANG PERAI, 14 Jun- Menunggang motorsikal berkuasa tinggi namun tiada lesen memandu antara kesalahan yang dikesan semasa Operasi Khas Motosikal Hari Raya Aidiladha (HRA) yang dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di Jambatan Pulau Pinang malam tadi.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Adenan Md Isa berkata kesalahan itu melibatkan sepasang suami isteri yang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke Pulau Pinang semata-mata untuk makan malam.

Beliau berkata, turut dikesan seorang lelaki melakukan kesalahan yang sama, dengan menunggang motorsikal berkuasa tinggi dari Kuala Ketil, Kedah ke Pulau Pinang atas urusan kerja.


(Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang, Adenan Md Isa)

"Masih terdapat pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab menunggang tanpa mempunyai lesen memandu yang sah dan ini akan mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya yang lain", katanya.

Menurut beliau, dalam operasi HRA selama empat hari yang berakhir semalam sebanyak 4902 kenderaan telah diperiksa dan sebanyak 1005 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Daripada jumlah itu kesalahan tidak memiliki lesen memandu mencatatkan rekod tertinggi dan diikuti dengan cukai jalan tamat tempoh.

Media Baharu