fb fb fb fb fb

RM10 juta perkasa usahawan generasi baharu FELDA - PM

BERA, 14 Julai- Kerajaan terus komited memperkasa pembangunan generasi baharu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang telah melangkau ke generasi keempat pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan dana pusingan bernilai RM10 juta untuk warga belia menceburi bidang keusahawanan selain membantu usahawan sedia ada meningkatkan kapasiti perniagaan.

"Pinjaman tanpa faedah ini diberikan dengan nilai minimum RM5,000 hingga maksimum RM20,000 mengikut pakej," kata Ismail Sabri mengumumkan khabar gembira tersebut dalam ucaptamanya pada Majlis Sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2022, di sini.

Usahawan belia FELDA dari seluruh negara yang berminat boleh mula membuat permohonan bermula pada bulan Ogos 2022.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat
Kebangsaan 2022 di Padang Awam FELDA Rentam, Bera)

Media Baharu