fb fb fb fb fb

Kesalahan berkaitan merokok libatkan kompaun lebih RM1.5 juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei- Jabatan Kesihatan Pahang mengeluarkan 6,750 notis kompaun bernilai lebih RM1.5 juta, bagi pelbagai kesalahan berkaitan merokok dalam operasi yang dijalankan sejak awal Januari hingga hari ini, di seluruh negeri itu.

Menerusi kenyataan Pengarahnya, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, "dalam operasi pada 26 dan 27 Mei di Kuantan, Temerloh dan Bentong sahaja pihaknya telah mengeluarkan 495 notis kompaun mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 bernilai RM112,350.00."

Kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan merokok di kawasan larangan merokok dan kegagalan pemilik premis memastikan tiada individu merokok.

(Foto hiasan)

Media Baharu