fb fb fb fb fb

Penyatuan, kebersamaan pupuk semangat perpaduan

(Foto hiasan)

KANGAR, 28 Mei- Penyatuan serta kebersamaan dalam kalangan rakyat Perlis berupaya memupuk semangat perpaduan.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah rakyat negeri itu, perlu ada jati diri, kasih sayang, juga hormat menghormati termasuk meraikan perbezaan pandangan.


(Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail)

 "Usaha untuk memperkasakan perpaduan melalui pembangunan negara bangsa perlu dilaksanakan seawal usia kanak-kanak.

"Kita sebagai rakyat bermentaliti kelas pertama dalam segala tindakan yang cintakan keharmonian seharusnya memperkasakan usaha bersama untuk memastikan malaysia kekal sebagai sebuah negara yang kukuh teras perpaduannya untuk generasi masa kini, tetapi demi masa depan kelak", titah baginda.
                  
Baginda bertitah ketika merasmikan Majlis Perasmian Penutup Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perlis Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.
 
Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis melibatkan pelbagai aktiviti termasuklah Jualan Rahmah, pameran pelbagai agensi kerajaan, kenduri rakyat dan pelbagai pertandingan.

Media Baharu