fb fb fb fb fb

Kes HFMD di Kedah meningkat

ALOR SETAR, 12 Mei - Kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Kedah mencatatkan peningkatan ketara, iaitu membabitkan 1,016 kes kumulatif setakat ini.

Sebanyak 102 kes HFMD direkodkan bagi tempoh 1 hingga 7 Mei lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 47 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2019, sebelum pandemik COVID-19 bermula.

(FOTO HIASAN)

"Peningkatan kes HFMD dilihat ketara bermula pada minggu Epidemiologi ke-13 yang melebihi paras ambang epidemik. Bagi tempoh 1 hingga 7 Mei lalu, Kedah mencatatkan 102 kes HFMD baharu," kata Dr Mohd Hayati dalam satu kenyataan.

Daerah Kuala Muda mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 29 kes, Kota Setar 22 kes dan Padang Terap 17 kes.

Kebanyakan jangkitan menunjukkan gejala ringan seperti demam dan diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah.

Berikutan sambutan Aidilfitri yang masih disambut lagi ketika iniĀ  beliau meminta orang ramai terutamanya yang mempunyai anak-anak kecil mengambil langkah berjaga-jaga.

Media Baharu