fb fb fb fb fb

HBN 2025 peringkat Kuala Lumpur libatkan penyertaan belia pelbagai peringkat

HBN 2025 bersifat antarabangsa dan inklusif

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2025 – Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2025 ke-61 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan melibatkan penyertaan belia ASEAN, pelajar IPT awam, swasta dan sekolah menengah.

Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Khairul Rizam Abu Samah berkata, penglibatan adalah secara menyeluruh bagi menjayakan program yang bakal berlangsung minggu ini.

“Kita menjangkakan penyertaan belia ASEAN dan beberapa wakil kedutaan dalam persembahan kebudayaan, menjadikan HBN tahun ini lebih bersifat antarabangsa dan inklusif,” ujarnya.

Majlis perasmian (HBN) 2025 ke-61 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zaliha Mustafa, manakala majlis penutupan rasmi pula buat julung kalinya akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Penganjuran turut mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), selain penggunaan media sosial sebagai medium utama hebahan dan promosi.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN