fb fb fb fb fb

Kes denggi di Kedah meningkat 387.1 peratus

ALOR SETAR, 23 Mac- Kes denggi di Kedah meningkat 387.1 peratus dengan 867 kes dicatatkan setakat Sabtu lalu berbanding 178 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman menerusi kenyataan berkata keadaan tersebut  masih terkawal dengan tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Beliau berkata sehingga 18 Mac lalu, sebanyak 82 wabak direkodkan berbanding 18 bagi tempoh sama tahun lalu. Daripada  82 wabak denggi yang dilaporkan, 57 wabak sudah tamat, 24 masih aktif dan satu wabak ‘hotspot’.

"Sepanjang tempoh 1 Januari hingga 18 Mac juga, sebanyak 74,257 premis telah diperiksa dan 1,812 kompaun dengan nilai RM885,917.00 telah dikeluarkan mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 kepada pemilik premis yang dikesan terdapat pembiakan nyamuk Aedes", menurut kenyataan itu.

(Kes denggi di Kedah meningkat 387.1 peratus)

Tambahnya, Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat Negeri Kedah telah diadakan semalam bagi meningkatkan kerjasama pelbagai agensi serta pembabitan masyarakat dalam usaha mengawal dan mencegah denggi.

"Masyarakat perlu bersama memikul tanggungjawab melaksanakan aktiviti pembersihan persekitaran serta mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kediaman dan premis masing-masing", katanya.

Media Baharu