fb fb fb fb fb

Kes COVID-19 kluster pendidikan, 83 kluster sepanjang minggu ini

PUTRAJAYA, 29 Januari - Wabak COVID-19 terus menular di institusi pendidikan negara apabila 83 kluster lagi dilaporkan sepanjang tempoh seminggu lalu.

Ia daripada 110 kluster baharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Semalam daripada 23 kluster baharu, 19 daripadanya adalah kluster pendidikan manakala selebihnya kluster tempat kerja.

Kluster pendidikan dicatatkan di Selangor sebanyak 5 kluster, Melaka 3 kluster, Johor, Kedah dan Kelantan masing-masing 2 kluster, Pahang, Perak, Perlis, Sabah dan Kuala Lumpur masing-masing 1 kluster.

Sementara itu, angka kes harian baharu terus meningkat semalam dengan sebanyak 5,522 kes dilaporkan.

Ia menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,855,930 kes.

Ini kali kedua dalam tempoh minggu ini kes harian baharu mengatasi bilangan lima ribu kes.

Pada 27 Januari, kes harian baharu sebanyak 5,439 kes.

Kali terakhir Malaysia mencatat kes harian baharu sebanyak lima ribu pada 10 Disember 2021 sebanyak 5,058 kes.

Media Baharu