fb fb fb fb fb

AKSB bina loji baharu, selesaikan gangguan air di Gua Musang

GUA MUSANG, 29 Januari- Bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang sering membelenggu penduduk di Gua Musang, Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) akan membina loji baharu iaitu LRA Bukit Chupak dengan kapasiti 10 juta liter sehari.

Projek yang akan di tender pada Februari 2022 itu dijangka siap pada awal 2024.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh AKSB, untuk penyelesaian jangka masa pendek AKSB akan memasang peralatan bagi mengawal kadar alir air ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Bandar Utama.

Selain itu, AKSB akan melaksanakan projek penggantian paip.

Sebelum ini, lebih 3000 penduduk di Gua Musang tertekan apabila sering berdepan masalah bekalan air terputus sehingga menjejaskan rutin kehidupan mereka.

Tinjauan RTM mendapati masalah air bukan sahaja berlaku di dua buah bandar malah lebih lima buah kampung turut mengalami masalah gangguan air.

AKSB menasihatkan pengguna agar memaklumkan kepada AKSB sebarang masalah bekalan air terawat yang dihadapi bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Selain itu, AKSB boleh dihubungi melalui talian 15777 atau whatsapp ke 019- 5755777 atau email ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Media Baharu