fb fb fb fb fb

APMM tahan kapal tangki berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor




KOTA TINGGI, 29 Januari- Sebuah kapal tangki tanpa muatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan Johor Timur, semalam, disyaki bersauh tanpa kebenaran.

Ketika ditahan, kapal yang berdaftar dari Malobo, Guinea itu berada di kedudukan 8.4 batu nautika timur laut Tanjung Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria dalam kenyataan medianya berkata, kapal tersebut dikendalikan enam kru warganegara Indonesia berusia antara 25 hingga 58 tahun.

Nakhoda kapal gagal mengemukakan dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Media Baharu