fb fb fb fb fb

Kes ceroboh pukat tanda, MARITIM Selangor pergiat operasi penyamaran

Pengarah MARITIM Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh

KLANG, 6 Jun- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) Selangor akan mempergiat operasi penyamaran bagi mengesan dan menangkap mereka yang terlibat dalam kes pencerobohan bot pukat tunda yang kini berleluasa di negeri itu.

Menurut Pengarah MARITIM Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh, kegiatan pencerobohan tersebut dipercayai dilakukan bot pukat tunda C yang dikendalikan tekong dan awak-awak yang kebanyakan melibatkan warga asing.

"Buat masa sekarang, kita buat lebih kepada perisikan bahagian. Memang saya rasa tidak perlu saya bicara yang mana mungkin kita boleh uar-uarkan perkara ini sebab saya akan gunakan bot penyamaran."

"Itu proses yang kita tengah buat dan kita akan tangkap melalui bot penyamaran sahaja. Kalau guna bot MARITIM, mereka tahu. Maka, kita gunakan alternatif lain," kata Kepten Maritim Abdul Muhaimin kepada pemberita selepas Majlis Hari Kesedaran Keselamatan Maritim di Jeti Nelayan Pangkalan Kampung Sungai Sireh, di sini.

Tambah Muhaimin, nelayan bot pukat tunda juga bijak mencari ruang dan masa terutama di kawasan yang tiada penguatkuasaan.

Malah, mereka turut menggunakan khidmat serta membayar 'tonto laut' yang menyamar sebagai nelayan bagi memantau pergerakan bot penguat kuasa.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM