KUALA LUMPUR, 6 Jun- Kerajaan berharap sasaran 400 transaksi e-pembayaran per kapita mampu dicapai lebih awal menerusi bank digital berbanding sasaran asal iaitu pada 2026.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke arah itu pemain industri berkaitan digesa agar lebih proaktif dalam menguar-uarkan manfaat penggunaan kemudahan kewangan tersebut kepada orang ramai.
"Maknanya bermula sekarang harus ada satu gerakan yang bersungguh-sungguh. Saya harap keluarga dalam boost bank ini, Axiata, RHB sebagai tonggaknya harus turun dan mneyebarkan supaya kemudahan ini dapat dimanfaatkan oleh Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS), keutamaan kita, tetapi juga kepada rakyat terbanyak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bank digital, Boost Bank di ibu negara.
Malaysia memerlukan asakan yang lebih agresif bagi memastikan sasaran tersebut dapat dicapai.
Dalam pada itu beliau juga turut menambah, terdapat peningkatan transaksi e-pembayaran sejak 2011 namun angkanya masih rendah.