fb fb fb fb fb

Kes Batu Puteh: Laporan akhir Pasukan Petugas Khas dibentang Jumaat ini

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 2 Oktober- Laporan akhir Pasukan Petugas Khas (PPK) untuk menyemak semula undang-undang berkenaan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri, 7 Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata laporan akhir itu mengandungi syor mengenai hala tuju kerajaan berhubung kes berkenaan.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, PPK berkenaan sudah selesai melaksanakan tugasan diamanahkan berdasarkan terma rujukan yang ditetapkan memfokus kepada aspek perundangan dan hubungan Malaysia-Singapura.

"PPK terdiri daripada peguam tempatan yang mengendalikan kes ini pada 2016 hingga 2017, pengamal undang-undang, pakar pengukuran maritim dan wakil kementerian serta jabatan yang berkepentingan.

“Bagi maksud menjayakan tugasan sepanjang tempoh itu, pelbagai pendekatan telah dilaksanakan PPK seperti meneliti dan menyemak dokumentasi dan material berkaitan, mengadakan siri perbincangan atau mesyuarat dan lawatan kerja dalam serta luar negara, khidmat konsultasi bersama pakar perundangan dan juruhidrografi luar negara serta sesi temu bual dengan individu yang dikenal pasti,”

"Selain itu, khidmat rundingan bersama pakar perundangan dan juru hidrografi luar negara serta sesi temu bual dengan individu yang dikenal pasti," katanya dalam kenyataan itu.

(Pada tahun 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah membuat keputusan untuk menyerahkan
kedaulatan ke atas Batu Puteh, atau Pedra Branca kepada Singapura/BERNAMA)


Tambahnya, kerajaan komited untuk memastikan kedaulatan dan persempadanan maritim negara sentiasa terjamin dan menjadi keutamaan.

"Penubuhan dan pelaksanaan PPK berkenaan sepanjang hampir sembilan bulan mulai 9 November 2021 hingga 30 Ogos 2022 adalah bukti jelas komitmen itu," katanya.

Media Baharu