fb fb fb fb fb

JKM Pulau Pinang adakan simulasi kesiapsiagaan hadapi musim tengkujuh

BALIK PULAU, 2 Oktober- Sebanyak 55 kawasan berisiko berdepan ancaman banjir telah dikenal pasti di Pulau Pinang, menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zakaria Taib.

Menjelang musim tengkujuh dan peredaran Monsun Timur Laut, JKM Pulau Pinang telah menyediakan segala kemudahan sebagai persediaan.

Agensi itu akan bekerjasama dengan pihak lain seperti Bomba, Hospital, APM dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam menangani masalah banjir di Pulau Pinang.

"Melalui mesyuarat jawatankuasa peringkat negeri yang dilaksanakan minggu lepas, JPS negeri Pulau Pinang memaklumkan di seluruh negeri Pulau Pinang terdapat 55 kawasan berisiko' dikenal pasti akan berlaku bencana sekiranya berlaku hujan di luar jangkaan," kata Zakaria selepas mengadakan simulasi tahap kesiapsiagaan kesemua agensi terlibat di sebuah sekolah di sini.

JKM Pulau Pinang akan terlibat secara langsung dalam pembukaan 283 pusat pemindahan sementara (PPS) dengan kapasiti menempatkan 111,000 penghuni sekiranya bencana banjir berlaku di negeri ini.

(Zakaria selepas mengadakan simulasi tahap kesiapsiagaan kesemua agensi terlibat di
sebuah sekolah di Balik Pulau)

Media Baharu