fb fb fb fb fb

76 pelajar B40 dipilih bagi Program Pembangunan Siswa Keluarga Malaysia

MELAKA, 2 Oktober- Seramai 76 pelajar B40 dipilih sebagai peserta bagi Program Pembangunan Siswa Keluarga Malaysia atau sulung tahun ini.

Program perintis yang membantu individu pertama dalam keluarga menjejakkan kaki ke menara gading itu membabitkan lapan universiti awam setakat ini.


(Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad)

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, pelajar bukan sahaja dibantu diberikan laluan khusus kemasukan ke universiti awam tetapi turut ditawarkan biasiswa, asrama dan diberikan mentoring sehingga mereka berjaya mendapat pekerjaan.

“Program sulung ini adalah terbuka kepada pemilihan dia adalah pelajar-pelajar yang dapat masuk ke universiti awam dan dia adalah yang pertama dalam keluarga dia yg b erjaya masuk ke uniersiti awam sbb tu kita namakan dia sulung dengan harapan penerima program sulung ini akan dpt sedikit sebanyak mengubah kehidupan keluarga dan menjdi contoh kepada adik-beradik dia yanglain sekiramnya ada dan menukar persepsi dan kita akan didalam program sulung ini kita akan siapkan mentor dia akan guide pelajar berkenaan sehingga berjayadan setelah Berjaya kita akan siapkan pekerjaan” katanya selepas menyampaikan surat tawaran Program Sulung kepada salah seorang daripada 76 peserta iaitu Muhammad Hakimi Yunus di kediamannya di Taman Seri Bayan, Gangsa, Durian Tunggal, di sini.


Muhammad Hakimi menerima tawaran menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Elektronik di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan akan mendaftar diri secara atas talian 7 Oktober ini.

Kata anak sulung dari tiga adik-beradik berkata, dia sangat bersyukur menerima tawaran berkenaan sekali gus dapat meringankan beban ibu bapanya.

“Pada mulanya saya terkejut, sebab saya dapat tawaran saya pun tidak tahu program ini. Cuma sekarang ini saya berdebar-debar sebab ada temuduga dengan orang-orang USIM lepas itu, memang betul-betul saya suka. Alhamdulilah....gembira memang dapat kurangkan beban keluarga saya sebab memang selama ini saya bekerja untuk tanggung kos pengajian saya," katanya.

Menurut Hakimi, dengan bantuan yang diterima ini, dia tidak lagi perlu bekerja untuk menampung kos pengajian dan dapat menumpukan seluruh perhatian kepada pelajaran.

Media Baharu