fb fb fb fb fb

Kerukunan, toleransi antara kaum pengikat nyata dalam membawa Malaysia ke depan

KUALA LUMPUR, 20 Januari- Perayaan besar di negara ini memberi peluang kepada rakyat untuk menyemai semangat perpaduan dan saling mengenali.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, elemen kerukunan dan toleransi antara kaum adalah pengikat yang nyata dalam membawa Malaysia ke depan.

"Perayaan-perayaan besar yang ada di negara ini memberikan kita peluang menyemai semangat perpaduan dan saling kenal antara satu dengan yang lain.

Mewakili seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa, saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2023 kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

(Datuk Seri Anwar mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina buat seluruh masyarakat Cina
menerusi hantaran di Facebook beliau / Foto FB Anwar Ibrahim)

Hantaran tersebut turut disertakan dengan video berdurasi 1.14 minit yang memaparkan kisah seekor arnab berwarna putih bernama Miki yang menjadi simbolik perjuangan dalam menuju kejayaan.

Menerusi video berkenaan, Datuk Seri Anwar turut berpesan agar seluruh rakyat terus memperkasa diri.

“Sebagai satu negara merdeka, sudah matang dan dewasa, wajar kita perkasakan semua rakyat, semua kaum di negara Malaysia tercinta,” katanya sambil mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dalam bahasa Mandarin ketika mengakhiri video tersebut.

Media Baharu