fb fb fb fb fb

Kertas rayuan pengampunan Najib tidak dibawa pada mesyuarat Jumaat lalu

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 1 Mei- Kertas rayuan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat dibawa pada mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-59 yang bersidang, Jumaat lalu.

Menurut Setiausaha Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, ia akan dipertimbangkan pada masa yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan terpakai.

"Pada mesyuarat yang berlangsung di Istana Negara itu, sebanyak 10 kes rayuan pengampunan telah dipertimbangkan.

"Mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum terhadap kesalahan yang telah dibicarakan Mahkamah Tentera.

"Juga, kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan," katanya menerusi kenyataan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu