(Perdana Menteri bergambar bersama para hadirin pada
Sambutan Hari Pekerja 2023 di PICC/BERNAMA)
PUTRAJAYA, 1 Mei- Kaedah baharu bagi pelaksanaan gaji minimum akan dirangka bagi memastikan kebajikan setiap pekerja di negara ini terbela.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar menyifatkan pelaksanaan gaji minimum RM1,500.00 agak rendah dan perlu diperbincangkan.
(Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar)
"Sepatutnya majikan harus melihat dalam konteks yang besar untuk memastikan gaji yang diterima adalah setimpal dengan kemahiran, itu sangat penting.
"Atas kesedaran itu dalam ucapan Perdana Menteri, perkara ini harus dibincang dalam kabinet, mungkin untuk mencari kaedah baru untuk menetapkan gaji kepada pekerja", katanya.
Beliau ditemui selepas majlis Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
Sementara itu, Sivakumar optimis peruntukan RM1 juta masing-masing kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membantu untuk memperjuangkan hak pekerja di negara ini.