fb fb fb fb fb

Kabinet akan putuskan cadangan naikkan kadar caruman KWSP

(Foto fail)

PUTRAJAYA, 1 Mei- Cadangan untuk menaikkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diputustakn selepas dirujuk kepada Jemaah Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa cadangan itu ada dikemukakan kepadanya

“Kita akan bincang dulu. Ini keputusan dasar, ia ada beri kesan kepada kerajaan dan majikan,” kata Anwar kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Pekerja di sini.

Sebelum ini, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menggesa kerajaan supaya menaikkan kadar caruman KWSP bahagian majikan daripada 13% kepada 20%.

(Datuk Seri Anwar menyampaikan ucapan pada Sambutan Hari Pekerja 2023
yang bertemakan ‘Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani/BERNAMA)

Media Baharu