(Datuk Seri Anwar menyampaikan ucapan semasa sambutan Hari Pekerja 2023
bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI/BERNAMA)
PUTRAJAYA, 1 Mei- Gabungan empat parti utama dalam Kerajaan Perpaduan adalah cukup kuat untuk menangkis sebarang komplot menjatuhkan kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia maklum sememangnya terdapat komplot yang dilaksanakan dengan pelbagai strategi diatur pihak tertentu.
"Komplot itu ada tapi tidak ada asas. Kita tumpu kerja, kalau mereka tidak ada komplot dia kerja apa, jadi mereka jalankan tugas mereka.
"Dia setiap bulan ada strategi dia. Yang penting kita ada PH, BN, GPS, GRS termasuk yang lain-lain Warisan tapi yang ada empat itu komitmennya cukup jelas. Jadi tumpu kerja jangan layan pengigau-pengigau," kata Anwar kepada media selepas menghadiri Sambutan Hari Pekerja 2023 di sini.
(Datuk Seri Anwar berkata gabungan empat parti politik dalam kerajaan perpaduan cukup
kuat)