fb fb fb fb fb

Budak perempuan 3 tahun lemas dalam kolam renang

(Foto Hiasan)

IPOH, 1 Mei- Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun ditemukan lemas dalam kolam renang milik jiran datuknya di Tambun, di sini, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata ketika kejadian mangsa bersama-sama ibunya berada di rumah berkenaan kerana menziarahi ahli keluarga.

Manakala bapa mangsa keluar menghantar saudara ke tempat penginapan yang lain.

"Mangsa ditemukan dalam keadaan terapung oleh abangnya pada pukul 6.30 petang sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk tindakan lanjut.

"Hasil bedah siasat dijalankan mendapati mangsa meninggal dunia akibat mati lemas.

"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 33 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) iaitu membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan.

"Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," katanya menerusi kenyataan.

Katanya, kejadian tersebut merupakan kes keempat melibatkan mangsa kanak-kanak di Ipoh pada tahun ini.


(Foto Hiasan)

Media Baharu