(Zaliha Mustafa)
KUALA LUMPUR, 10 Jun- Kertas Putih Kesihatan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Selasa ini.
Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, Kertas Putih berkenaan adalah permulaan perjalanan terhadap reformasi sistem kesihatan negara.
"Setakat ini, yang boleh saya beritahu ia (Kertas Putih Kesihatan) telah kita bentangkan ke kabinet dan kabinet menyetujuinya. Insya-Allah kita akan dapat membentangkannya pada 13 Jun (Selasa),” katanya pada sidang media di Hospital Gleneagles di sini.
Tambah beliau, dasar komprehensif digunakan bagi membangunkan Kertas Putih berkenaan, merangkumi tempoh pelaksanaan pembangunan selama 15 tahun.
Sementara itu berhubung Rang Undang-Undang Kawalan Produk Rokok, Zaliha berkata, perkara itu juga akan dibentangkan di Parlimen minggu depan.
“Kita mahu laksanakan undang-undang ini segera bagi mengelak pelajar sekolah menjadi perokok," ujarnya lagi.
(Zaliha Mustafa)