fb fb fb fb fb

Kerjasama YEPB-NIOSH buka peluang pekerjaan untuk 30,000 tenaga kerja telekomunikasi

(Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin ketika sidang media selepas
menyaksikan Majlis Menandatangani MoU di antara YEPB dan NIOSH/ Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 19 Julai - Kerjasama Yayasan Ekonomi Padang Besar (YEPB) dengan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan membuka peluang pekerjaan kepada 30,000 tenaga kerja telekomunikasi. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata kerjasama itu bertujuan melahirkan ramai juruteknik Fiber Optik dan Authorised Gas Tester bagi kerja-kerja melaksanakan penyelarasan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). 

“Tenaga kerja yang menggalas tanggungjawab sebagai Juruteknik Fiber Optik dan Authorised Gas Tester wajib memperoleh sijil Kecekapan Fiber Optik (CA2C) yang dipantau oleh pihak Telekom Malaysia,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di sini hari ini.

Justeru, peranan pihak NIOSH di bawah Kementerian Sumber Manusia akan mengeluarkan sijil kecekapan seperti NIOSH-TM Safety Passport (NTMSP), Authorized Entrant and Standby Person for Confined Space (AESP-TM), dan Authorized Gas Tester and Entry Supervisor (AGT-ES)


(Datuk Zahidi Zainul Abidin bersama Pengerusi NIOSH, Datuk Wilson Ugak Kumbong (dua, kiri) menyaksikan
pertukaran MoU di antara Ketua Pegawai Eksekutif YEPB, Aweena Mohd Arshad (kanan) dan Pengarah
Eksekutif NIOSH, Ayop Salleh/ Foto BERNAMA) 

YEPB adalah sebagai urus setia dalam menguruskan permohonan kemasukan kontraktor untuk menjadi vendor JENDELA selain menguruskan bekalan tenaga kerja. 

Sementara itu, Zahidi berkata kolaborasi strategik antara YEPB dengan NIOSH dalam melaksanakan kursus kecekapan dalam bidang telekomunikasi dan aktiviti-aktiviti keselamatan dapat mengurangkan kemalangan di tempat kerja.

"Jadi saya lihat kerjasama strategik antara YEPB dengan NIOSH ini bukan hanya menerusi program galakan latihan malah melibatkan inisiatif bagi mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja," katanya.

YEPB dan NIOSH akan memulakan sesi latihan sijil kecekapan bermula 27 Julai ini di NIOSH, Bangi. -BERNAMA

Media Baharu