fb fb fb fb fb

Badan Kehakiman lancar Program Jelajah Kehakiman

(FOTO BERNAMA)

PUTRAJAYA, 19 Julai - Badan Kehakiman Malaysia melalui Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia(PKPMP) akan menganjurkan Program Jelajah Kehakiman bermula Ogos ini.

Program tersebut bertujuan untuk memperkenalkan sistem pentadbiran kehakiman dan perundangan negara serta meningkatkan akses kepada keadilan serta literasi undang-undang di kalangan orang awam.

Majlis pelancaran Jelajah Kehakiman itu dirasmikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat di Istana Kehakiman, petang tadi.

Program tersebut akan berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 4 dan 5 Ogos dan di Kuching, Sarawak pada 24 dan 25 September depan.


(Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat (tengah) melancarkan Jelajah Kehakiman di Istana Kehakiman. 
Hadir sama, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed (kiri) dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
Malaysia, Hasbi Hasan (kanan)/ Foto BERNAMA)

Ia akan disertai oleh sembilan agensi kerajaan dan swasta yang merupakan pemegang taruh Badan Kehakiman Malaysia.

Antaranya Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Insolvensi Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Bantuan Guaman dan lain-lain lagi.

Menerusi program tersebut, Badan Kehakiman Malaysia akan menyediakan kaunter-kaunter Pesuruhjaya Sumpah, Kaunter e-Lelong, Kaunter e-Jamin dan juga pameran.

Media Baharu