fb fb fb fb fb

Kerjasama pelbagai kementerian tingkat kemasukan pelajar antarabangsa

NILAI, 29 September- Tindakan intervensi yang strategik dan menyeluruh melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), jabatan dan agensi di bawahnya serta rakan strategik dapat membantu KPT dalam mencapai sasaran 250,000 pendaftaran pelajar antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, perencanaan pelan penggubalan dasar serta penentuan strategi berkesan yang merentasi kementerian perlu seiring agar segala inisiatif yang dilaksana berada di landasan yang betul.


(Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad)

Beliau berkata ia memerlukan kolaborasi, persetujuan dan kerjasama daripada Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Jabatan Imigresen serta Education Malaysia Global Services.

"Menjadi harapan saya agar dengan adanya kedua-dua buah garis panduan ini, IPT di Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing dan sentiasa proaktif dalam memastikan agenda aspirasi pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara sebagai hab pendidikan tinggi di peringkat global akan tercapai", katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar Pengantarabangsaan Pengajian Tinggi 2022 di Univerisiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.

Sehingga kini, seramai 131,255 pelajar antarabangsa telah berdaftar di seluruh IPT.

Dalam majlis sama, turut dilancarkan dua buah buku bertajuk Garis Panduan Amalan Terbaik Pengurusan Pelajar untuk IPT Di Malaysia dan Garis Panduan Pelaksanaan Mobiliti Di IPT di Malaysia.

Media Baharu