fb fb fb fb fb

Kadar jenayah berulang bekas banduan terkawal - Jabatan Penjara Malaysia

KELANTAN, 29 September- Jabatan Penjara Malaysia terus berusaha bagi mengurangkan kadar residivis atau jenayah berulang oleh bekas banduan di seluruh negara.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia (Keselamatan dan Koreksional), Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata, tahun lepas, pihaknya merekodkan hampir 15 peratus kadar residivis oleh bekas banduan bagaimanapun, jumlah tersebut masih terkawal.


(Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia (Keselamatan dan Koreksional), Datuk Abdul Aziz Abdul Razak)

Justeru, pihaknya berharap pelbagai jabatan dan agensi kerajaan atau swasta bersama-sama menyumbang kaedah yang lebih dinamik dan berkesan bagi program pemulihan penghuni terbabit.

“Pemulihan ini satu perkara dinamik ia tidak stat tidak jumud ia satu pemulihan yang dinamik yang kita memerlukan kaedah-kaedah tertentu jadi impaknya akan membuka minda membuka hati pesalah-pesalah yang di penjara ini untuk terus merasa insaf dan yang pentingnya merasa tanggungjawab diri dan keluarga dan negara itu yang ditekan kami terap kepada pemulihan di
penjara seperti pada hari ini bagaimana kaedah yang pelbagai ini memulihkan banduan.”katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Penutupan Suara dari Lembah Harapan, di Dewan Besar Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa, di sini.

Pada majlis itu, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz mengurniakan hadiah kepada pemenang bagi empat kategori yang dipertandingkan iaitu persembahan teater, deklamasi sajak, nyanyian lagu puisi dan baca naskhah.

Program dengan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) serta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan bermatlmat mendekatkan penghuni kepada sastera yang berupaya mendidik jiwa dan membina keinsafan.

Mengulas lanjut, Datuk Abdul Aziz berkata, peranan pemulihan penghuni ini perlulah secara holistic dan melibatkan semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat.

Media Baharu