fb fb fb fb fb

Kerjasama IPT-industri, lahir pakar keselamatan siber

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Kerjasama antara Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan pemain industri teknologi kewangan digital mampu melahirkan lebih ramai pakar keselamatan siber di negara ini.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin, penggunaan teknologi yang meluas di seluruh dunia kini memerlukan lebih ramai pakar bagi menghadapi sebarang kemungkinan risiko serangan siber.

"Mereka adalah teras bidang masing-masing, mungkin dalam IT, dalam kejuruteraan, ini adalah tambahan. Dan mungkin juga ada program yang khusus dalam keselamatan siber.

"Hubungan dengan industri membolehkan universiti melihat sama ada kurikulumnya terkini, sesuai dengan keperluan industri dan apakah pekerjaan yang ada permintaan" kata Khaled kepada media selepas Majlis Mendatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Mastercard di Kampus UTM di sini.

Jealsnya lagi UTM dipilih oleh Mastercard sebagai rakan kerjasama dalam memberi peluang kepada orang ramai menerima latihan melalui tawaran bidang keselamatan siber di universiti tersebut.

Mastercard akan mewujudkan sebuah pusat pemindahan ilmu dalam menjalankan penyelidikan berhubung isu keselamatan siber.

(Datuk Seri Khaled berkata kerjasama IPT-industri, lahir pakar keselamatan siber)

Media Baharu