KUALA LUMPUR, 16 Februari- Kerjasama hospital swasta dalam sektor kesihatan dan perubatan dapat memanfaat kepakaran yang ada di peringkat global serta memperkasa perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kerjasama antara KPJ Healthcare Berhad dengan Mayo Clinic memberi komitmen dalam memacu kecemerlangan perubatan dan inovasi penjagaan pesakit, sekali gus menetapkan piawaian baharu dalam landskap sektor penjagaan kesihatan di negara ini.
"Kita di Malaysia akan pasti mendapat limpahan kebaikan ini dan saya harap akan dapat meningkat, memberikan lonjakan suntikan yang penting untuk pelancongan kesihatan perubatan di Malaysia, menokok satu lagi tangga dan kita akan terus-terusan mengharapkan KPJ dan yang lain.
"Saya yakin ini akan berikan suntikan yang baik dalam sektor penjagaan kesihatan swasta dan ini akan meletakkan Malaysia dalam satu kedudukan yang terbaik", katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kerjasama Strategik KPJ Healthcare Berhad dan Mayo Clinic di Damansara Specialist Hospital 2 (DSH2), Bukit Lanjan Kuala Lumpur.
Pencapaian ini merupakan satu anjakan besar dalam menerajui kecemerlangan perubatan yang sentiasa berusaha untuk meneroka pendekatan inovatif demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakit.
Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation Berhad, Dr. Stacey Rizza, Pengarah Perubatan Eksekutif Mayo Clinic Bahagian Amalan Antarabangsa dan Asia Pasifik, Datuk Md Arif Mahmood, Pengerusi KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan.