fb fb fb fb fb

Proton Saga terbakar di Tambunan

(Proton Saga terbakar 65% dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian pagi tadi/
FB Korporat JBPM)

TAMBUNAN, 21 Januari- Sebuah kereta jenis Proton Saga musnah terbakar dalam kejadian di sini, pagi tadi.Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah menerusi Facebook Korporat

JBPM memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 6.01 pagi.

Bertindak atas aduan itu, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kita dapati kebakaran memusnahkan 65% peratus kereta berkenaan yang melibatkan bahagian engin dan kita menggunakan satu aliran 'hose reel' dari air tangki jentera bomba kita bagi kerja memadam," kata Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Selverinu Sixtus.

Mengulas lanjut, Sixtus berkata, insiden berkenaan tidak melibatkan sebarang mangsa.

"Operasi ditamatkan pada pukul 6.24 pagi setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi," katanya.

 (Foto FB Korporat JBPM)

Media Baharu