fb fb fb fb fb

Op Limau: 120 kaki judi ditahan polis

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 21 Januari- Seramai 120 individu ditahan polis selepas disyaki terlibat aktiviti perjudian haram dengan nilai rampasan wang tunai RM92,481 dalam 20 serbuan Op Limau sempena Tahun Baru Cina.

Setiausaha Polis Dirajaya Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, Bahagian Kongsi Gelap Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Kontinjen dan Daerah menjalankan operasi terbabit selama 15 hari bermula 15 Januari hingga 29 Januari ini.

"Fokus utama operasi ini adalah untuk membanteras aktiviti perjudian yang ditumpukan kepada judi dalam bangunan serta judi tempat terbuka, yang tertakluk di dalam jadual pertama dan kedua di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"120 individu melibatkan 115 lelaki dan lima perempuan ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Judi Dalam Bangunan) dan Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Judi Luar Bangunan)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Noorsiah berkata, polis akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang menganjur dan menjalankan pertaruhan, berlandaskan undang-undang sedia ada dalam usaha menangani aktiviti perjudian.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan perjudian boleh menyalurkannya melalui Hotline WhatsApp Op Limau di talian 016-5773477," katanya.

(Foto hiasan)

Media Baharu