fb fb fb fb fb

Kereta rempuh pacuan empat roda, empat cedera

GEORGE TOWN, 6 Disember- Sebuah kereta dipercayai hilang kawalan sehingga merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda sehingga terbalik.

Kemalangan menyebabkan empat orang cedera.

Kejadian kira-kira pukul 1.00 pagi itu berlaku di Weld Qay, berhampiran Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Kereta yang terlibat dalam kemalangan di Weld Qay,
berhampiran Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu

Mangsa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan.

Pemandu kereta terbabit turut dibawa ke hospital kerana cedera di kepala.

Media Baharu