fb fb fb fb fb

JKM Johor sedia petugas hadapi musim tengkujuh

ISKANDAR PUTERI, 6 Disember- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor sedia mengerakkan 457 petugas melibatkan pegawai dan kakitangan di 10 daerah negeri itu bagi menghadapi musim tengkujuh. 

Jumlah itu turut ditambah dengan kekuatan 413 petugas dari ibu pejabat JKM negeri dan tujuh institusi kebajikan yang akan bertugas di lapangan jika diperlukan. 

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Khairin Nisa Ismail berkata JKM turut giat melaksana Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara( PPS) melibatkan semua agensi terlibat bagi meningkatkan kecekapan dan kemahiran semua. 

"JKM negeri Johor juga sentiasa menjalinkan kolabrasi yang erat bersama dengan agensi-agensi yang berkaitan supaya gerak kerja penyaluran bantuan berjalan lancar sebaik sahaja PPS diaktifkan," katanya.

(Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Khairin Nisa Ismail)

Setakat ini Johor mempunyai 777 PPS.

Daripada jumlah itu 151 adalah PPS aktif  dengan kapasiti 36 ribu 918 penduduk terjejas direkodkan dari 2017 sehingga kini. 

Media Baharu