fb fb fb fb fb

Beri ruang kerajaan perpaduan pulih ekonomi negara

SUNGAI PETANI, 6 Disember- Kerajaan perpaduan yang baru dibentuk beberapa hari lalu perlu diberi ruang secukupnya bagi menyelesaikan isu-isu besar yang sedang dihadapi rakyat dan negara sekali gus memulihkan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.
 
Ia termasuk isu peningkatan kos sara hidup dan isu kenaikan harga barang keperluan yang membelenggu rakyat.

Penasihat Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Datuk Seri Cheng Soo Chye berkata menteri yang dilantik menerajui kementerian-kementerian berkaitan sedang mencari dan mengenal pasti mekanisme terbaik bagi mengatasi isu tersebut.
 
"Memang kerajaan baru sekarang memang tengah cari tengok macam mana hendak bagi kita punya barang-barang akan lagi turun dia punya harga. Sekarang ekonomi bukan satu Malaysia, satu dunia sudah jatuh.

"Jadi bukan Malaysia saja, harap-harap semua rakyat boleh faham kerajaan baharu sudah cari idea macam mana nak selesaikan ni (isu harga) barangla…bagi kita punya barang tak akan naik lagilah. Lagi turun, bagi hidup rakyat lagi bagus lagi," kata Cheng kepada RTM di sini.

Beliau berkata, ke arah itu, semua pihak perlu memberi sokongan, cadangan dan idea-idea bernas untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

(Datuk Seri Cheng Soo Chye ditemu bual RTM)

Media Baharu