fb fb fb fb fb

Kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion diteliti semula

(Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang
media di Kementerian Kewangan/BERNAMA)

PUTRAJAYA, 6 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion daripada keseluruhan peruntukan RM15 bilion tidak diteruskan.

Jelas beliau, projek berkenaan akan diteliti semula supaya terdapat prinsip ketelusan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Saya juga tekankan beberapa kelulusan mutakhir termasuk kelulusan tebatan banjir yang peruntukannya sekitar RM15 bilion. RM7 bilion sudah diluluskan tanpa proses tender secara teratur melalui rundingan terus," katanya dalam sidang media hari pertama beliau bertugas sebagai Menteri Kewangan di Putrajaya.

Tambah beliau, ia membabitkan jumlah peruntukan yang bukan kecil dan keputusan meluluskannya secara rundingan terus itu dibuat dengan alasan untuk menyelesaikan masalah tebatan banjir.

Bagaimanapun, tindakan itu akan menimbulkan masalah apabila ia tidak mematuhi peraturan dan membuka ruang untuk pihak tertentu mengambil kesempatan.

(Kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion diteliti semula)

Media Baharu