Kerangka perundangan khusus SLD sedang dimuktamadkan

Tatacara pengesahan pemasangan dan kefungsian SLD sedang dikemas kini

KUALA LUMPUR, 27 Oktober – Penangguhan penguatkuasaan penggunaan Peranti Had Kelajuan (SLD) bukan kerana pembatalan atau pengecualian terhadap keperluan SLD, sebaliknya bertujuan memberi tempoh peralihan yang mencukupi kepada pihak industri untuk melengkapkan proses pematuhan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian memuktamadkan kerangka perundangan khusus untuk pemasangan, pengesahan dan penguatkuasaan SLD sebelum pelaksanaan penuh.
  • Tatacara pengesahan dan sistem rekod pematuhan dikemas kini untuk menyelaraskan maklumat pemasangan, pengesahan dan status pematuhan.
  • Kapasiti pemasangan retrofit serta pihak pengesahan perlu diperluaskan; JPJ terus menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan interim.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, ketika ini kementerian sedang memuktamadkan kerangka perundangan khusus berkaitan pemasangan, pengesahan serta penguatkuasaan SLD sebelum pelaksanaan penguatkuasaan penuh.

“Pada masa yang sama, tatacara pengesahan pemasangan dan kefungsian SLD juga sistem rekod pematuhan sedang dikemas kini agar maklumat berkaitan pemasangan, pengesahan dan status pematuhan kenderaan dapat diselaraskan dengan lebih teratur.

“Bagi sesetengah model kenderaan, sokongan teknikal daripada pengeluar asal adalah amat terhad.

“Selain itu, kapasiti pemasangan retrofit dan pihak yang mengesahkan fungsi SLD juga perlu diperluaskan bagi menampung jumlah kenderaan yang terlibat secara berfasa mulai 1 Oktober 2025 bagi kategori kenderaan perdagangan yang ditetapkan.

“Walaupun penguatkuasaan penuh ditangguhkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus menjalankan pemantauan serta tindakan penguatkuasaan interim
yang bersesuaian dalam tempoh peralihan ini,”katanya ketika menjawab soalan asal yang dikemukakan Ahli Parlimen Jerantut Khairil Nizam Khirudin pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.