fb fb fb fb fb

Kerajaan usaha kaedah terbaik untuk bantu industri penerbangan

(Majlis Perasmian Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2022 di Subang)

SUBANG, 8 September- Kerajaan berusaha mencari kaedah terbaik dalam membantu industri penerbangan tempatan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, "ini terutamanya syarikat yang berdepan cabaran untuk mengembang dan mengekalkan perniagaan."

Jelasnya, "aeroangkasa dan penerbangan akan terus diberi perhatian, memandangkan industri itu antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

"Kerajaan dan Kementerian Kewangan sedar berkenaan cabaran yang dihadapi industri penerbangan."

Beliau turut menambah, "untuk mengekalkan perniagaan agak sukar ketika ini.

(Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan)

"Birokrasi yang panjang mungkin menghalang pelaburan asing dan dalam perniagaan dalam Malaysia.

"Yakinlah, kementerian juga sedang berusaha menangani isu ini." Jelasnya ketika ditemui pemberita.

Beliau berucap di Majlis Perasmian Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2022 di Subang.

Berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, perasmian disempurnakan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Media Baharu