fb fb fb fb fb

Kerajaan teruskan subsidi diesel bersasar, guna sistem 'fleet card'

PUTRAJAYA, 15 Mei- Kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi bersasar bagi diesel menerusi penggunaan sistem 'fleet card'.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persetujuan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (EAC) itu dicapai bagi memantau penyalahgunaan serta mengelak berlakunya ketirisan subsidi diesel yang disasarkan.

"Pemberian diesel bersubsidi itu diteruskan tetapi mesti melalui sistem 'fleet card' kawalan bersubsidi yang ada sekarang diperluaskan.

Dengan cara ini, kita dapat mengesan siapa yang perlu, boleh pakai tapi jangan dia ambil subsidi diesel dan jual kepada kilang-kilang seperti mana berlaku sekarang," kata Anwar kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Putrajaya, hari ini.


(FOTO BERNAMA)

Sistem itu juga akan memudahkan pemantauan kerajaan ke atas sektor logistik yang menguruskan pengangkutan barangan melalui sistem subsidi.

Menurutnya, subsidi hasil wang cukai rakyat disalah guna oleh kartel penyeludupan hanya akan menguntungkan segelintir pihak.

 

Media Baharu