fb fb fb fb fb

Khabar gembira untuk warga pendidik

(Fadhlina ditemui pemberita selepas menyampaikan Anugerah Guru Inspirasi)

AYER KEROH, 15 Mei- Khabar gembira akan diumumkan esok bersempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.
 
Perkara itu dikongsikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau yakin berita gembira itu bakal menjadi inspirasi buat semua guru di negara ini.
 
"Jadi tunggu esok kita akan umumkan insya-Allah ada beberapa perkara yang saya fikir penting untuk kita bagi semangat kepada guru-guru kita dan keseluruhan ekosistem pendidikan dan khususnya untuk negara", kata Fadhlina kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Guru Inspirasi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.
 
Seramai 25 guru menerima anugerah inspirasi berkenaan dengan masing-masing membawa pulang hadiah penghargaan bernilai RM5,000, trofi dan sijil.
 
Selain itu, peruntukan RM5,000 turut disumbang kepada sekolah penerima anugerah untuk menaik taraf bilik guru.

(Fadhlina berkata Khabar gembira akan diumumkan esok bersempena Sambutan Hari Guru
Peringkat Kebangsaan 2023)

 

Media Baharu