fb fb fb fb fb

Pembinaan PPR, cari tapak sesuai dengan segera - Nga Kor Ming

JOHOR BAHRU, 15 Mei- Unit Perancangan Ekonomi di semua negeri diseru mengkaji tapak sesuai bagi pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi mempercepatkan usaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyenaraikan projek dalam perancangan.

Usaha tersebut juga memerlukan kerjasama kerajaan negeri, dalam menawarkan tapak tersebut dalam kadar segera.

Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata KPKT juga akan meminta penambahan peruntukan daripada Kementerian Kewangan, sekiranya bajet tidak mencukupi untuk projek PPR.

Sehingga kini, empat tapak tanah telah ditawar Kerajaan Negeri Sembilan, di Seremban, Jelebu dan Nilai, manakala dua tapak ditawar kerajaan Johor, di Larkin dan Kulai.

"Saya mengalu alukan, sekiranya diizinkan kerajaan Johor ada tanah lokasi strategik yang sesuai untuk dibina PPR yang penuh berdaya huni.

Kami akan juga memberikan pertimbangan yang sewajarnya, secepat mungkin," kata Kor Ming kepada pemberita di Johor, hari ini.


(FOTO BERNAMA)

Selain itu, Kor Ming turut memaklumkan, KPKT akan menerajui usaha Malaysia, untuk bertanding menjadi Ahli Lembaga Eksekutif United Nations Habitat, di Perhimpunan Agung UN Habitat di Nairobi, Kenya, pada 4 Jun ini.

Malaysia kini sedang berusaha mendapatkan sokongan daripada negara yang sehaluan selepas dicalonkan dalam pertandingan itu.

Hanya 36 daripada 193 negara, akan dipilih untuk menjadi Ahli Lembaga Eksekutif UN Habitat.

Media Baharu