fb fb fb fb fb

Sambutan hari raya Kedahfm, erat silaturahim

ALOR SETAR, 15 Mei- Jabatan Penyiaran Kedah tidak ketinggalan mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri biarpun kira-kira seminggu sahaja lagi Syawal bakal melabuhkan tirainya.

Majlis tersebut dihadiri lebih 60 kakitangan jabatan itu yang diadakan di Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim, Jalan Kuala Kedah, tengah hari tadi.
 
Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Kedah Sharimah Abu Bakar berkata, pelbagai juadah istimewa disediakan kepada tetamu.
 
Antaranya, nasi hujan panas, laksa, bihun, lemang, ketupat, rendang, yong tau fu, dan kuih muih tradisional.

"Alhamdulillah pada hari ini RTM Kedah telah berjaya melaksanakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2023.

"Sebenarnya sambutan ini adalah hasil sumbangan kakitangan di sini. Jadi, kita dapat merayakan aidilfitri ini untuk mengeratkan silaturahim."

(Sharimah Abu Bakar)

Media Baharu