fb fb fb fb fb

Kerajaan teliti semula perjanjian jual air dengan Singapura - Fadillah

Foto FB Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Kerajaan sedang meneliti semula semua perjanjian yang sedia ada berkaitan isu penjualan air mentah kepada Singapura pada kadar RM0.03 bagi setiap 1,000 gelen sejak tahun 1962.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata perkara itu berlaku ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad lagi.

"Kena tanya balik Tun Mahathir. Masa beliau jadi Perdana Menteri dulu benda itu masih berlaku. Jadi, sama ada kita bagi subsidi ataupun tidak, kita sedang melihat semula semua perjanjian yang ada," kata Fadillah kepada pemberita.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan "Water Malaysia 2024" di ibu negara.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir mendakwa bahawa sejak 61 tahun lalu, kerajaan Malaysia memberi 'subsidi' kepada Singapura hingga mencecah jumlah RM2.379 bilion.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM