SHAH ALAM, 16 Julai - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj kini berada di hospital setelah dinasihat doktor untuk menjalani rawatan pemeriksaan penuh kesihatan.
Selangor Royal Office menerusi hantaran di laman Facebook berkata, baginda perlu menjalani prosedur pembedahan katarak mata sebelah kanan yang telah tertangguh sejak lapan bulan lalu.
“Susulan prosedur ini, baginda dijangka berada dalam fasa pemulihan selama sepuluh hari,” katanya.
Sebelum ini Sultan Sharafuddin pernah menjalani pembedahan sama untuk mata kiri.