BUTTERWORTH, 2 November- Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) diyakini mampu untuk mengekalkan prestasi cemerlang dalam arus perubahan semasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jabatan itu turut digesa meningkatkan usaha bagi memastikan negara mampu setaraf dengan negara-negara utama dunia.
Usaha itu perlu dilipatgandakan seiring Malaysia yang bakal mempengerusikan ASEAN 2025.
Beliau berharap prestasi cemerlang itu dapat dibentang dalam persidangan tersebut sekali gus menjadi contoh terbaik di rantau ini.
"Harapan kepada DOSM pun sama, menuntut supaya mengekalkan prestasi malah meningkatkan lagi usaha. Hasil kita itu sebaiknya setaraf dengan hasil jabatan di peringkat negara-negara utama dunia.
Saya menaruh keyakinan dengan keupayaan seluruh keluarga kita, agar hasil prestasi DOSM ini adalah paling cemerlang di rantau ini," kata Anwar, hari ini.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Sambutan Jubli Intan 75 Tahun Jabatan Perangkaan Malaysia, petang tadi.