fb fb fb fb fb

Kerajaan setuju naikkan bantuan wang pendahuluan kontraktor Bumiputera G1-G5

GEORGETOWN, 30 Jun- Kerajaan melalui Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bersetuju untuk meningkatkan bantuan wang pendahuluan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera gred G1-G5 kepada RM200,000.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan yang dinamakan Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) merupakan satu inisiatif kerajaan dalam memberi bantuan berbentuk wang pendahuluan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera gred G1-G5 bagi memulakan kerja kontrak.

Beliau berkata usaha menaikkan jumlah pinjaman itu untuk membantu kontraktor G1 berdepan masalah kenaikan beberapa harga barang.


(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar)

"Oleh kerana harga barang-barang sudah semakin naik sekarang ini, pinjaman menerusi skim itu iaitu sebanyak RM100,000 tidak cukup sekarang ini, lagi pun kontraktor G1 kontrak mereka dapat ialah RM200,000 jadi kami rasa jumlah pinjaman perlu dinaikkan untuk bantu mereka.

"Kami di Tekun Nasional nak tolong, takkan nak bagi pinjaman RM100,000 sahaja.. pada dasarnya kenaikan pinjaman kepada RM200,000 sudah lulus cuma nak dapatkan kebenaran daripada Menteri Kewangan sahaja sekarang ini dan saya akan bincang supaya dapat disegerakan", katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Pembangunan Kapasiti Kontraktor Aplikasi Pengecatan dan Lapisan Seni Bina anjuran Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di sini.

Beliau komited memastikan kemahiran-kemahiran yang mempunyai permintaan pasaran yang tinggi pada masa kini dapat diterokai bersama oleh setiap kontraktor khususnya di kalangan kontraktor Bumiputera.

Tambahnya, sebanyak empat buah syarikat telah diberikan kelulusan pembiayaan yang melibatkan dana pinjaman sebanyak RM1.2 juta sehingga Jun 2022.

Media Baharu