fb fb fb fb fb

Kerajaan peruntuk RM1.1 bilion bagi subsidi ayam dan telur setakat Ogos tahun ini

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 30 Jun- Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM370 juta bagi subsidi tambahan untuk ayam dan telur bagi bulan Julai dan Ogos tahun ini sebagai usaha menangani cabaran kos sara hidup.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi beliau hari ini.

Pertambahan itu menjadikan unjuran perbelanjaan subsidi bagi tahun 2022 kini mencecah RM77.7 bilion.

Tambah Zafrul, bagi tempoh lima bulan dari Februari hingga Jun, kerajaan menyediakan peruntukan sekitar RM730 juta unutk menampung subsidi harga ayam dan telur.

Berdasarkan Jabatan Perangkaan Negara,kadar inflasi negara bagi Mei lalu boleh mencecah hingga 11.4%.

Namun, dasar subsidi membantu mengawal inflasi pada tahap 2.8%.


(Foto Fail)

Media Baharu